Pages

Tuesday, 10 November 2015

TAJUK : ADAB - ADAB BERSAMA RAKAN







TAJUK :ADAB-ADAB BERSAMA RAKAN

Rakan merupakan sahabat karib kita untuk kita sama-sama bermain, belajar dan berkongsi masalah. Rakan amat penting dalam hidup kita. Kita perlu menjadi rakan yang baik dan tahu menjaga hati rakan kamu supaya persahabatan kamu berjalan dengan baik dan diredhai oleh Allah. Berikut adalah adab-adab apabila kita bersama rakan kita.

ADAB-ADAB BERSAMA RAKAN

1. Panggil rakan dengan panggilan yang baik.

2. Menziarahi rakan  ketika sakit.

3. Bertanya khabar diri rakan dan keluarganya.

4. Mengucapkan tahniah atas kejayaan rakan kita.

5. Memberi salam apabila berjumpa dan berpisah dengan rakan kita.




"SAYANGILAH SAHABAT ANDA.. SEPERTI ANDA  SAYANGI DIRI ANDA SENDIRI.."




TAJUK : ADAB - ADAB BERSAMA GURU




TAJUK : ADAB-ADAB BERSAMA GURU

Guru umpama ibubapa yang perlu kita hormat dan ikut segala nasihat dan ajarannya. Guru umpama ibubapa kita ketika kita berada di sekolah. Berikut adalah adab-adab bersama guru yang perlu kita ikuti.

ADAB-ADAB BERSAMA GURU

1. Kita hendaklah merendahkan diri semasa lalu di hadapan guru.

2. Memberi salam apabila bertemu guru.

3. Sabar atas teguran yang diberikan oleh guru.

4. Sentiasa mendoakan guru.

5. Sentiasa menolong guru.

6. Kenang jasa guru.

7. Ucapkan terimakasih kepada guru.

8. Sentiasa mendengar ajaran guru.


LAGU UNTUK GURU 





PANTUN UNTUK GURU

Tahun baharu buku baharu,                            Daun dedap daun selasih,
Buku lama jangan rosakkan,                            Diikat dengan si tali belati,
Tidak terbalas jasamu guru,                             Kami ucapkan terima kasih,            
Hanya doa kami pohonkan.                              Kepada guru yang mengajar kami.

TAJUK : ADAB - ADAB MANDI




TAJUK : ADAB- ADAB MANDI

Hukum mandi adalah wajib. Tujuan mandi ialah untuk menghilangkan kekotoran di tubuh badan kita supaya tubuh badan kita menjadi segar dan sihat. Kita juga akan terhindar dari penyakit. Tubuh yang bersih dan sihat akan disukai oleh Allah dan Rasul, keluarga dan rakan-rakan.Mandi juga mempunyai adab-adab yang tertentu yang perlu kita ikuti seperti adab-adab yang lain.

ADAB-ADAB MANDI

1. Basuh tangan sebelum kita memulakan mandi.

2. Membaca Bismillahhirrahmannirrahim dan berwudhuk.

3. Mulakan mandi dengan menjirus kepala dahulu.

4. Siram sebelah kanan badan dahulu.

5. Kemudian siram sebelah kiri badan pula.

6. Membasuh kaki.

7. Ratakan air keseluruh badan dan buang kekotoran di badan.

8. Bersihkan anggota badan dengan sabun.

9. Hilangkkan sabun yang ada pada tubuh badan kita.




     

TAJUK : ADAB MASUK DAN KELUAR DARI TANDAS







Setiap hari kita mesti pergi mengunjungi tandas untuk membuang air besar dan air kecil. Pastikan tandas kita sentiasa bersih. Untuk masuk ke dalam tandas kita perlu mengikuti adab-adab masuk tandas dan keluar dari tandas. Semua ini demi kebaikan kita supaya sentiasa dilindungi Allah dan mendapat pahala. Allah suka orang yang bersih dan secara tidak lansung trhindar dari gangguan syaitan.


ADAB-ADAB MASUK DAN KELUAR DARI TANDAS

1. Kita hendaklah menutup kepala kita bila masuk dan kluar dari tandas.

2. Memakai seliper apabila masuk ke kedalam tandas.

3. Masuk ke dalam tandas dengan kaki kiri.

4. Keluar dari tandas dengan kaki kanan.

5. Membaca doa masuk tandas apabila hendak masuk ke dalam tandas.

6. Membaca doa keluar tandas apabila hendak keluar dari tandas. 






Friday, 6 November 2015

TAJUK : ADAB DAN DOA MAKAN MINUM



 TAJUK : ADAB DAN DOA MAKAN MINUM

 


Kehidupan kita penuh dengan adab, tidak kira apa jua aktiviti harian yang kita lakukan sepanjang hari baik kita berada di rumah, di sekolah , di tempat kerja penuh dengan aktiviti yang mempunyai adab. Contoh aktiviti yang selalu dan wajib kita lakukan seharian ialah makan dan minum. Dalam aktiviti makan dan minum ini terdapat adab-adab yang perlu kita lakukan supaya nampak sopan dan disiplin ketika makan. 

  


  ADAB MAKAN DAN MINUM YANG DISUNNAHKAN

1. Mencuci tangan sebelum makan dan minum.

2. Mulai makan dan minum dengan bacaan doa.

3. Makan dan minum dengan menggunakan tangan kanan.

4. Mengambil makanan yang terdekat dahulu ketika hendak makan dan minum.

5. Tidak  berlebihan ketika makan dan minum dan berhenti makan sebelum kenyang.

6. Makan dan minum sambil duduk.

7. Membersihkan tangan dan mulut selepas makan dan minum.