TAJUK : ADAB-ADAB BERSAMA GURU
Guru umpama ibubapa yang perlu kita hormat dan ikut segala nasihat dan ajarannya. Guru umpama ibubapa kita ketika kita berada di sekolah. Berikut adalah adab-adab bersama guru yang perlu kita ikuti.
ADAB-ADAB BERSAMA GURU
1. Kita hendaklah merendahkan diri semasa lalu di hadapan guru.
2. Memberi salam apabila bertemu guru.
3. Sabar atas teguran yang diberikan oleh guru.
4. Sentiasa mendoakan guru.
5. Sentiasa menolong guru.
6. Kenang jasa guru.
7. Ucapkan terimakasih kepada guru.
8. Sentiasa mendengar ajaran guru.
LAGU UNTUK GURU
PANTUN UNTUK GURU
Tahun baharu buku baharu, Daun dedap daun selasih,
Buku lama jangan rosakkan, Diikat dengan si tali belati,
Tidak terbalas jasamu guru, Kami ucapkan terima kasih,
Hanya doa kami pohonkan. Kepada guru yang mengajar kami.
2 comments:
Thanks your teacher if you can read this
Pembelajaran kreatif, cantik dan menarik
Post a Comment